About Me

26 December 2014

Coffee 3 in 1 + Chocolate Powder = Mocha @ DIY MOCHA Powder

Assalamualaikum! Aku suka coffee when it comes to study. Dan aku suka coklat jugak! So aku gabungkan dua2 ni. Rasa dia lebih 'Uphmmm!!' weh. Rasa MOCHA!! :-*
Ini resepi aku yg cipta sendiri ok :p

RESEPI MOCHA DRINK
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 sachet @ paket kecik 3 in 1 instant coffee [any instant coffee brands will do]
3 tablespoon/sudu Chocholate powder [aku guna dutch lady tepung susu coklat, ala yg kat iklan tv tu la :p ]

Cara-cara membuat:
Combine coffee dan chocolate powder, tuangkan air panas, well stir, and ready utk minum!
[nak sejuk boleh, nak panas pun boleh]

 Serving:
1 person only

Aku guna IndoCafe, sbb yg ni je ada al-maklumlah aku kan dah dipenghujung sem, semua benda nak habis :-( Itu pun nasib baik Ex-Roommate aku yg dulu kasi aku 1 paket besar yg ada 30 sachets dalam tu! Ex-Roommate aku tahu aku suka coffee. Baik nya Izzah <3
[INFO] Kalau korang rs manis sgt, so tambah sikit air panas ye =)


And................VoilĂ !! :-*

COFFEE POWDER + CHOCOLATE POWDER = MOCHA POWDER
Sedap weh! Rs truly Mocha!! Sesuai utk aku yg nak exam ni :p
Cubalah! Goodluck! ;-)

DIY : Jar oh Jar (PART 2)

Assalamualaikum, selamat pagi! Aku sgt excited dan teruja sbb dua jar aku tu dah tak pakai baju! :p



Yg ni aku letak brush makeup aku, simple kan? Xda lg bersepah2 aku letak dlm laci =.= 

Yg bwh ni, aku try letak getah tempe je =.= sbb xsbr nk decorate bila balik jb nnt :'(

So, ikutlah steps yg aku bg semalam ya. Mungkin ada benda yg kau nak tanya kan. So aku try listkn the questions that you guys might wanna ask me. So, here's the Questions and Answers session (Q&A)


: Knp mesti rendam sampai semalaman?
: Supaya proses tanggalkan sticker tu berjalan dgn sendiri, kita tak yah penat2 nak sental, garu2 kat sticker tu dan paksa dia tanggal. sbb nnt tak lawa tau! Nnt bila dia kering dia akan mcm bercapuk sbb ada glue dia yg tak tanggal lg. Klu kau sental beriya-iya no guna dawai basuh kuali/periuk tu, nnt structure jar tu mungkin akan calar dan still, korang punya jar akan bercapuk sbb glue2 dia yg degil tu susah nak tanggalkan. So, jgn degil k! Ikut je apa aku ajar smlm! :p hehehe



Q : Tak ada benda lain ke kita boleh buat dgn jar ni selain dr perhiasan yg smlm tu?
A : Weh, byk gila kau boleh buat dgn jar ni weh. Boleh guna utk masakkan, minuman, hadiah, tempat letak barang2 jahit, alat tulis dan mcm2 lg lah. Please la fikir jauh sikit ye =) think beyond than you usually do. and i know, we are all gifted. Allah gives us brain and wisdom to think! hehe tak pecahnya otak tu klu berfikir jauh sikit. hahaha :D Goodluck! Tp aku sertakan lagi ye gambar2 utk korang. [INFO PENTING] Dan, aku nk bgtau ni, kat luar negara diaorg panggil Mason Jar sbb tu ada la jenama yg kt luar negera. Jgn lak bila kau google, pastu terbaca dirog guna Mason Jar kau dah terus pening. So, aku dh bgtau ni kan? hehe =)

............Utk jadikan sbg bekas minuman..........

..........Utk letak brg2 makeup korang.........

...........Tempat simpan brg2 menjahit.......... 

...........Utk masakkan (Caramel Sauce/Jem,etc..)............

..............Jadikan sbg hadiah kpd seseorg :-* ..............

 ..........Utk letak smoothies! Nyumnyum!..........

Q : Boleh tak kalau balang tu kecik?
A : Of course boleh beb. Kau boleh letak cincin, gelang, rantai, anting2 korang tu :) Simple! Atau letak perfume yg kecik2 tu mcm perfume Onedrop tu kan. Ni utk jar kecik tau, klu kau guna jar besar mcm gambar yg kat atas tu, berjam jugak ar aku rs  kau nk amik perfume kau yg kecik tu ha =.= hehe

SO?? Aku rs korang dh boleh teruskn dgn step Get Creative! tu.. Goodluck bebehh :-*
See ya! Byebye! :-*

25 December 2014

DIY: Jar oh Jar

Assalamualaikum! Ok haritu aku ada ckp psl yg aku suka DIY kan? hehe
Harini aku dah mula buat step awal tau!
Aku amik balang kaca yg kecik ni dr botol sos spegatti PREGO dan sos spegatti KIMBALL. Korang boleh jugak guna balang kaca mayonis kat umah korang yg dh habis tu, balang kaca Jem ke. Okay? ;-)

Aku target dua jar aku tu akan jadi mcm ni ha!!






Lawa kan sume tu ? Actually simple je nk buat =)

Spend masa ATAU bazir masa??

Assalamualaikum, hai!
Actually kan, sebelum aku ngadap blog ni, aku dah ngadap dulu youtube. Serious weh, FB jatuh nombor 2, pi cari movie baru, dan seterusnya....barulah kau Blog.. kesian kau huhu =.=
Bagi pendapat aku, SPEND bermaksud kpd masa yg korang manfaatkan dgn benda2 yg berfaedah, yg kasi kau sesuatu perkara yg baru dan kasi otak berfungsi sikit :-) And, BAZIR masa pulak bermaksud, mmg korang totally buang masa korang kat benda yg tak kasi input even 20% pun kat korang.
Pd asalnya semuabenda adalah elok, tp bila kau salah gunakannya, it turns to bad la.
The decision is yours weh...serious, it is yourssss~

HarZ Steamboat & Grill

Assalamualaikum! Okay aku nak promote sikit restoran Steamboat pakcik aku di Pasir Gudang, Johor :)
And for those stay kat area JB, anda semua dijemput hadir!!

Harga sorang berapa? Okay ni dia, tertulis kat banner tu ye :-)










Okay ini bisnes kad Harz Steamboat & Grill, untuk segala pertanyaan dan tempahan, sila la call nombor kat situ! :) Alamat pun ada kat situ :) Boleh juga lawati FB Harz tau, so klik link ni k! >>> www.facebook.com/HarzSteamboatAndGrill

Okay sekalian! Jemput beramai2 datang ke Harz Steamboat & Grill! Rugi sangatlah kalau tak cuba makan kat sini! Murah & Sedap!! Please do comments below for more informations ya!
See ya! Byebye!!

24 December 2014

Tanda aras aktiviti perniagaan & Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Assalamualaikum! Skrg ni aku di mood final exam, which is ni la sem terakhir aku di UUM ni, So dgn itu, aku rs dgn share apa yg aku tgh study ni kpd umum, inshaAllah aku lebih mudah ingat nnt! 
Dgn harapan, kita sama2 dpt belajar sesuatu :)
Dan, untuk part info yg penting mcm ni, aku akan elakkan dari guna tulisan yg boleh buat org yg membaca pening/sakit mata/penglihatan kurang jelas secara tiba2 dan sebagainya =.= 
W/pun tulisan yg boring, tp when it comes to important facts, no excuse ya!

Siapa Majlis Penasihat Syariah (MPS) ni?

Simple lagi ringkas. Sebenarnya aku amik je dari laman web asal Bank Negara tp aku edit2 sikit dan highlight yg mana penting agar mudah utk faham :)
  • Ditubuhkan pada bulan Mei 1997.
  • Pihak berkuasa tertinggi Syariah dalam kewangan Islam di Malaysia.
  • Diberikan kuasa untuk menentukan  hukum Syarak bagi perniagaan perbankan Islam, takaful, perniagaan kewangan Islam, perniagaan kewangan pembangunan Islam, atau apa-apa perniagaan lain, yang berlandaskan prinsip Syariah dan diselia serta dikawal oleh Bank Negara Malaysia. 
  • Satu badan yang menjadi tempat rujukan dan penasihat kepada Bank Negara Malaysia mengenai perkara Syariah.
  • Bertanggungjawab bagi pengesahan semua produk perbankan Islam dan takaful untuk memastikan kesesuaian produk tersebut dengan prinsip Syariah.
  • Menasihati Bank Negara Malaysia tentang apa-apa isu Syariah berkaitan dengan perniagaan atau urus niaga kewangan Islam Bank Negara Malaysia serta entiti berkaitan lain.   
  • Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang terkini, peranan dan fungsi MPS dimantapkan lagi apabila MPS diberikan status badan berkuasa tunggal mengenai perkara Syariah yang berkaitan dengan perbankan Islam, takaful dan kewangan Islam. Mahkamah dan penimbang tara juga dikehendaki merujuk kepada keputusan MPS bagi mana-mana proses yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam, dan keputusan tersebut hendaklah mengikat/muktamad
  • Anggota MPS ni bkn calang2 org ya, diaorg sgt berilmu dan mahir dlm bidang perniagaan, syariah dan sebagainya.
Untuk pencerahan lebih lanjut, sila klik link ni k! >>>  MPS Di Bank Negara

Dan, siapa pulak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ni?

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. Melindungi pelabur, melaksanakan fungsi kawal selia, dan bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia. (ayat copy paste)


Nampak sgt aku amik betul2  dr page dia =.= 

Ok basically, SC ni sebenarnya badan yg handle pasal pelaburan, dia kawal selia syarikat2 kat Malaysia dari segi apa yg syarikat2 tu labur dan apa yg syarikat2 tu buat dlm bisnes diaorang.
So, ini senarai fungsi penyeliaan SC ni :)

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai
  • Meluluskan terbitan bon
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen
  • Menggalakkan kawal selia sendiri
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen
Kalau nak kenal lebih dan lebih tentang SC ni, sila klik kat link2 di bawah ni ye!

Apa itu Tanda Aras Aktiviti Perniagaan?

Sebelum ni, tanda aras ni ada 4, iaitu 5%, 10%, 20% dan 25%. Tapi, sebagaimana aku dimaklumkan bahawa, MPS dah keluarkan tanda aras yang baru, MPS update tanda aras ni pd 28 NOVEMBER 2014 yg lalu, dan ini ternyata lebih strict berbanding dgn yg dulu punya.

Tanda aras aktiviti perniagaan ni adalah peratusan hasil/sumbangan dprd aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan dan keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat akan dikira dan dibandingkan dengan tanda aras aktiviti perniagaan yang relevan seperti berikut:

Tanda aras lima peratus (5%)
Tanda aras 5 peratus ini diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut:
  • perbankan konvensional;
  • insurans konvensional;
  • perjudian;
  • arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • makanan dan minuman tidak halal;
  • hiburan tidak patuh Syariah;
  • tembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • pendapatan faedah daripada akaun dan instrumen konvensional (termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan mahkamah atau penimbang tara dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah);
  • aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah. 
Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada lima peratus.
Dr kata lain, peratus aktiviti/pelaburan yg gharar/mengandungi aktiviti yg haram seperti di atas td, mestilah xmelebihi 5% dr untung kasar(untung sblm cukai) dari syarikat2 yg lakukan aktiviti seperti di atas. 

Contohnya mcm prudential insurance kan, dia conventional, so hasil dr untung dia xkisahlah dia melabur ke, dia buat aktiviti haram atau lagha (hiburan/perkara sia2) ke, untung dr benda2 yg haram dia buat tu mestilah xlebih 5% dr untung keseluruhan syarikat prudential insurance sebelum cukai. So, jika syarikat ni berjaya tepati tanda aras ni, maka bolehlah dia terlist di bawah Sekuriti Suruhanjaya Malaysia tu. Kiranya company ni ok la sbb patuh tanda aras syariah. Fhm x? =.= Xpa, korang boleh rujuk kat utk booklet psl benda ni. Xrugi pun download sbb xbesar mana pun saiz booklet tu =.=


Tanda aras 20 peratus (20%)
Tanda aras 20 peratus ini diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut:
  • operasi hotel dan rumah peranginan;
  • jual-beli saham;
  • pembrokeran saham;
  • sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah; dan
  • aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah.
Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada 20 peratus.
Okay, yg ni explanation dia pun sama juga mcm tanda aras 5% td tu, cuma yg ni 20%. Hehehe :p

Utk download buku kecil tentang ni, sila klik link ini Latest booklet 28 November 2014
Utk bahagian tanda aras aktiviti perniagaan ni, rujuk kat page 3-4 kat dlm tu.

Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah

So, kat sini, korang akan nampak company2 apa yang listed dlm Sekuriti Suruhanjaya Malaysia ni. 
Ni semua company2 yg mematuhi Tanda Aras Aktiviti Perniagaan yang aku discuss td!
 Serious byk sgt weh.. Mcm impossible utk aku listkan semua tu kat sini.
Bg memudahkan dua2 belah pihak, aku akan bagi link utk download booklet tu. TAPI sebenarnya booklet tu sama dgn yg aku link td tuYg kat bwh Tanda Aras Aktiviti Perniagaan tu.
Err tak apa, aku letak lg link utk download booklet tu k! Jgn terdownload dua kali plak! =.=
Nah, ni link nya, so sila klik kat sini >>> Latest Booklet 28 November 2014
Senarai company2 tu ada kat page 17-31

And, last but not least, aku harap sgt2, please download booklet tu, ianya demi utk kasi input pada pikiran kalian sekalian jugak..Ini kerana.. 
Daripada Uqbah Bin Amir r.a berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w: 'Carilah ilmu sebelum lahirnya orang-orang yang suka mempertikaikan nilai-nilai agama´. Hadis Riwayat Bukhari

Semoga ilmu bermanfaat! See ya! Byebye!

23 December 2014

Short review kpd segala hobi aku..

Assalammualaikum!
Okay, aku nak cite sikit je dulu pasal hobi aku di waktu lapang dan tak lapang.
Knp aku kata tak lapang? Sbb time aku busy pun, aku akan melencong buat hobi aku hehehehe :p

Pertamanya hobi aku adalah...membaca? memang tak la. even dalam mimpi pun aku tak pernah ada scene membaca! hihihi ;-)

Orite, let's begin :-
  1. aku suka masak
  2. aku suka DIY [Do It Yourself]
  3. aku suka melawo (makeup2 la!)
  4. aku suka tgk movie
  5. aku suka layan youtube
Well, buat masa sekarang, ni la TOP 5 benda yang aku suka buat.
Benda2 ni jugak tak memerlukan aku sembang dgn org, jumpa org.
Kiranya, aku ni sebenarnya nak macam ala2 bak kata peribahasa diam-diam ubi berisi gitu :p
ye ar weh, aku tak sembang dgn org byk, aku duk diam je, tp diam2 aku tak bermakna aku tak reti itu ini, ye tak? :)
Bkn niat aku utk show off kat sini, tp aku sentiasa nak jd yg terbaik, 
sekurang2nya utk diri aku sendiri (sorak dan tepuk tangan) hahaha
Bagi aku, tiap-tiap hari adalah hari utk aku belajar benda baru. Tp dlm lingkungan TOP 5 ni la =.=
Tak apa, jika umur ku masih panjang, aku akan pergi meluas dlm bidang2 lain pula! (sorak dan tepuk tangan lagi)
Stay tuned utk hobi2 aku ni semua sbb aku akan kasi link page2, video2 dan resepi2 yang menarik utk aku kongsikan!

See ya! Byebye!