About Me

23 December 2014

Testing jap..

Assalamualaikum. Ok, ni adalah first time aku buat blog ni.
Susah! Tp aku entah la knp aku boleh sanggup duduk berjam-jam kat depan lappy godeh2 benda ni. Haish!! So slps berjam-jam aku habiskan masa kat sini, ini lah rupa blog aku hehehe tp xpa! nnt aku touch up balik :p

 SEMESTER AKHIRKU

Orite, aku sekarang ni di semester 7, iaitu sem akhir di UUM. Ijazah.
Sem ni aku amik 4 paper je, tp letih mcm amik 7 paper weh.
Ni sbb dlm semester ni la aku amik lesen kete dan aku handle psl praktikal aku yang leceh tu semua. 
Since lesen kete masih murah kat sintok Kedah ni berbanding kat JB, iaitu RM1150, so aku amik la kat sini. Ni kete je tau! Hm memang mahal pun =.= 
Dulu sebelum kerajaan naikkan harga driving license tak ada la sampai mahal mcm ni (*sigh) 
Sedih aku. Tp nak buat mcm mana, siapa suruh aku amik lambat. Padan muka aku T__T
Tp yang best nya, aku berjaya setelkan dua benda tu serentak! Aku lulus JPJ
Fuh lega weh.. Dan psl praktikal aku pulak, aku dpt kat PERBADANAN ISLAM JOHOR (PIJ) hehehe 
Syukur Alhamdulillah =)

So, FINAL EXAM aku akan start pd 29/12, 6/1, 12/1 dan 13/1
Masalahanya sekarang ni musim hujan. Satu Malaysia hujan! So, bila hujan, suasana sejuk.
Serious sejuk gila. Aku kat bilik ni tak bukak kipas kot! hehe
Bila suasana sejuk mcm ni, susahnya aduhai nak bangun dari tilam yg empuk..
Nak study pun aduhai....dugaan sungguh!
Tp aku pasti boleh lakukannya!!
Ini lah dipanggil sebagai JIHAD ketika menuntut ilmu! Hmm tp tu lah.....susahnya! T__T

And, last but not least, aku rs MCM SERONOK pulak dpt tulis blog ni.
Ye, literally TAIP blog, dan BUKAN TULIS blog. Nah nah, whatever =.=
W/pun aku patut gi study skrg ni, tp tu la, DUGAAN MASA BELAJAR kan, time ni la nak terdetik utk buat blog la, nak itu la, nak ini la.. Adoi!
haih.. pleaselah sharina, dah2 la tu, pi la study (aku bermonolog) Over plak aku kat sini
Ok, inshaAllah lepas ni aku akan update sikit2 psl diri aku, siapa aku ni sebenarnya, hobi, impian, makanan kegemaran, minuman kegemaran dan blah blah blah...=.=
Hehehe sembang lagi nnt!!
See ya! Byebye!


No comments:

Post a Comment