About Me

24 December 2014

Tanda aras aktiviti perniagaan & Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Assalamualaikum! Skrg ni aku di mood final exam, which is ni la sem terakhir aku di UUM ni, So dgn itu, aku rs dgn share apa yg aku tgh study ni kpd umum, inshaAllah aku lebih mudah ingat nnt! 
Dgn harapan, kita sama2 dpt belajar sesuatu :)
Dan, untuk part info yg penting mcm ni, aku akan elakkan dari guna tulisan yg boleh buat org yg membaca pening/sakit mata/penglihatan kurang jelas secara tiba2 dan sebagainya =.= 
W/pun tulisan yg boring, tp when it comes to important facts, no excuse ya!

Siapa Majlis Penasihat Syariah (MPS) ni?

Simple lagi ringkas. Sebenarnya aku amik je dari laman web asal Bank Negara tp aku edit2 sikit dan highlight yg mana penting agar mudah utk faham :)
  • Ditubuhkan pada bulan Mei 1997.
  • Pihak berkuasa tertinggi Syariah dalam kewangan Islam di Malaysia.
  • Diberikan kuasa untuk menentukan  hukum Syarak bagi perniagaan perbankan Islam, takaful, perniagaan kewangan Islam, perniagaan kewangan pembangunan Islam, atau apa-apa perniagaan lain, yang berlandaskan prinsip Syariah dan diselia serta dikawal oleh Bank Negara Malaysia. 
  • Satu badan yang menjadi tempat rujukan dan penasihat kepada Bank Negara Malaysia mengenai perkara Syariah.
  • Bertanggungjawab bagi pengesahan semua produk perbankan Islam dan takaful untuk memastikan kesesuaian produk tersebut dengan prinsip Syariah.
  • Menasihati Bank Negara Malaysia tentang apa-apa isu Syariah berkaitan dengan perniagaan atau urus niaga kewangan Islam Bank Negara Malaysia serta entiti berkaitan lain.   
  • Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang terkini, peranan dan fungsi MPS dimantapkan lagi apabila MPS diberikan status badan berkuasa tunggal mengenai perkara Syariah yang berkaitan dengan perbankan Islam, takaful dan kewangan Islam. Mahkamah dan penimbang tara juga dikehendaki merujuk kepada keputusan MPS bagi mana-mana proses yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam, dan keputusan tersebut hendaklah mengikat/muktamad
  • Anggota MPS ni bkn calang2 org ya, diaorg sgt berilmu dan mahir dlm bidang perniagaan, syariah dan sebagainya.
Untuk pencerahan lebih lanjut, sila klik link ni k! >>>  MPS Di Bank Negara

Dan, siapa pulak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ni?

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. Melindungi pelabur, melaksanakan fungsi kawal selia, dan bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia. (ayat copy paste)


Nampak sgt aku amik betul2  dr page dia =.= 

Ok basically, SC ni sebenarnya badan yg handle pasal pelaburan, dia kawal selia syarikat2 kat Malaysia dari segi apa yg syarikat2 tu labur dan apa yg syarikat2 tu buat dlm bisnes diaorang.
So, ini senarai fungsi penyeliaan SC ni :)

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai
  • Meluluskan terbitan bon
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen
  • Menggalakkan kawal selia sendiri
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen
Kalau nak kenal lebih dan lebih tentang SC ni, sila klik kat link2 di bawah ni ye!

Apa itu Tanda Aras Aktiviti Perniagaan?

Sebelum ni, tanda aras ni ada 4, iaitu 5%, 10%, 20% dan 25%. Tapi, sebagaimana aku dimaklumkan bahawa, MPS dah keluarkan tanda aras yang baru, MPS update tanda aras ni pd 28 NOVEMBER 2014 yg lalu, dan ini ternyata lebih strict berbanding dgn yg dulu punya.

Tanda aras aktiviti perniagaan ni adalah peratusan hasil/sumbangan dprd aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan dan keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat akan dikira dan dibandingkan dengan tanda aras aktiviti perniagaan yang relevan seperti berikut:

Tanda aras lima peratus (5%)
Tanda aras 5 peratus ini diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut:
  • perbankan konvensional;
  • insurans konvensional;
  • perjudian;
  • arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • makanan dan minuman tidak halal;
  • hiburan tidak patuh Syariah;
  • tembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • pendapatan faedah daripada akaun dan instrumen konvensional (termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan mahkamah atau penimbang tara dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah);
  • aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah. 
Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada lima peratus.
Dr kata lain, peratus aktiviti/pelaburan yg gharar/mengandungi aktiviti yg haram seperti di atas td, mestilah xmelebihi 5% dr untung kasar(untung sblm cukai) dari syarikat2 yg lakukan aktiviti seperti di atas. 

Contohnya mcm prudential insurance kan, dia conventional, so hasil dr untung dia xkisahlah dia melabur ke, dia buat aktiviti haram atau lagha (hiburan/perkara sia2) ke, untung dr benda2 yg haram dia buat tu mestilah xlebih 5% dr untung keseluruhan syarikat prudential insurance sebelum cukai. So, jika syarikat ni berjaya tepati tanda aras ni, maka bolehlah dia terlist di bawah Sekuriti Suruhanjaya Malaysia tu. Kiranya company ni ok la sbb patuh tanda aras syariah. Fhm x? =.= Xpa, korang boleh rujuk kat utk booklet psl benda ni. Xrugi pun download sbb xbesar mana pun saiz booklet tu =.=


Tanda aras 20 peratus (20%)
Tanda aras 20 peratus ini diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut:
  • operasi hotel dan rumah peranginan;
  • jual-beli saham;
  • pembrokeran saham;
  • sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah; dan
  • aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah.
Bagi perniagaan/aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan Kumpulan atau keuntungan sebelum cukai Kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada 20 peratus.
Okay, yg ni explanation dia pun sama juga mcm tanda aras 5% td tu, cuma yg ni 20%. Hehehe :p

Utk download buku kecil tentang ni, sila klik link ini Latest booklet 28 November 2014
Utk bahagian tanda aras aktiviti perniagaan ni, rujuk kat page 3-4 kat dlm tu.

Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah

So, kat sini, korang akan nampak company2 apa yang listed dlm Sekuriti Suruhanjaya Malaysia ni. 
Ni semua company2 yg mematuhi Tanda Aras Aktiviti Perniagaan yang aku discuss td!
 Serious byk sgt weh.. Mcm impossible utk aku listkan semua tu kat sini.
Bg memudahkan dua2 belah pihak, aku akan bagi link utk download booklet tu. TAPI sebenarnya booklet tu sama dgn yg aku link td tuYg kat bwh Tanda Aras Aktiviti Perniagaan tu.
Err tak apa, aku letak lg link utk download booklet tu k! Jgn terdownload dua kali plak! =.=
Nah, ni link nya, so sila klik kat sini >>> Latest Booklet 28 November 2014
Senarai company2 tu ada kat page 17-31

And, last but not least, aku harap sgt2, please download booklet tu, ianya demi utk kasi input pada pikiran kalian sekalian jugak..Ini kerana.. 
Daripada Uqbah Bin Amir r.a berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w: 'Carilah ilmu sebelum lahirnya orang-orang yang suka mempertikaikan nilai-nilai agama´. Hadis Riwayat Bukhari

Semoga ilmu bermanfaat! See ya! Byebye!

No comments:

Post a Comment